Bangun membuat atau bangun kena buat?

sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal

Yang aktif ialah tukang paip manakala yang pasif ialah batang paip, sinki dll. Kita bukan batang paip atau sinki.

Bagi yang sezaman dengan saya barangkali masih ingat kita belajar dulu ayat bangun membuat dan ayat bangun kena buat.

Bunyinya lawak sikit. Kita santai² saja.

Contoh ayat bangun membuat:
👉🏻Guru merotan Kasim.

Contoh ayat bangun kena buat pula:
👉🏻Kasim dirotan guru.

Samada bangun membuat atau bangun kena buat, maksudnya sama tetapi impaknya berlainan. Mari kita lihat contoh yang agak brutal:

👉🏻Saleh mengerjakan Rizal.
👉🏻Rizal dikerjakan Saleh.

Nampak tak siapa yang teruk? Tentulah orang yang dikerjakan itu. Kita boleh kata, rizal menanti nasib semata².

Dalam bahasa yang lebih akademik dikatakan Salih proaktif manakala rizal pasif atau jika bertindakpun, sekadar reaktif.

Apa beza proaktif, pasif, dan reaktif?
Orang yang proaktif akan buat sesuatu sebelum masalah timbul. Contohnya, menyusukan bayi walaupun bayi itu tak minta. Maksud saya, dia belum menangis ibu dah suapkan. Ayahnya, jangan menyebuk.

Orang yang reaktif pula menanti sehingga terpaksa baru nak bertindak.

Orang pasif, langsung tak buat apa².

Bagaimana pula dengan contoh berikut?
👉🏻Leman menunaikan sembahyang.
👉🏻Leman disembahyangkan.

Agak menyeramkan, kan?

Dalam hampir semua keadaan, yang kena buat memang selalu rugi manakala yang bangun membuat akan dapat hasil lebih baik.

Ya. Sekarang dah tukar. Istilah ayat 'bangun membuat' dan 'bangun kena buat' diganti dengan 'ayat aktif' dan 'ayat pasif'.

Kalau ayat pun ada aktif dan pasifnya maka apalagi kita sebagai manusia.

Dalam bisnespun begitu, siapa buat dia dapat, insya-Allah.

Bangunlah dan buatlah. Sambil itu, berdoalah.

Insya-Allah.

Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal


Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Kalau perlu, menungginglah