Buka tadika serbaguna

Program pertandingan begini adalah promosi untuk tahun depan. Ibu bapa akan viralkan kebolehan anak mereka dalam media sosial.

Anak kami hafal 10 hadis dan beberapa ayat quran seperti surah almulk. Apabila ibubapa berkongsi kegembiraan dengan orang lain, mereka akan tertarik untuk ke tadika ini (PASTI).

Jika diberi pilihan anda mahu dapat untung yang banyak atau kurang?

Rasanya hampir semua orang akan buat pilihan pertama.

Sememangnya anda dibenarkan memilih. Jadi kenapa pilih yang sedikit?

Apabila anda telah tetapkan target pelanggan maka tetapkan produk atau perkhidmatan yang boleh anda tawarkan.

Saya bagi cadangan, buka tadika.

Ada 4 kategori target pelanggan:
1. Berpendapatan rendah akan pilih tadika percuma atau mengenakan sedikit yuran.
Golongan ini bukan target bisnes anda.

2. Berpendapatan sederhana
Golongan ini akan pilih tadika anda jika anda boleh beri keistimewaan.
Anggaran kemampuan mereka antara rm200-300 sebulan.
Golongan ini pentingkan kualiti dan akan pastikan anda mematuhi piagam pelanggan.

3. Berpendapatan sederhana tinggi
Kualiti sangat penting. Namun ibu bapa golongan ini akan beri komitmen yang tinggi asalkan anda boleh sediakan kemudahan yang berkualiti.
Golongan ini mampu membayar yuran antara rm300-500 sebulan.
Golongan ini tidak banyak komplen tetapi akan pindahkan anak mereka diam² jika kualaiti tidak seperti yang ditawarkan.

4. Berpendapatan tinggi
Cari kawasan mewah dan anda tahu apa yang perlu dibuat.

Zaman sekarang ibu bapa muslim amat pentingkan keagamaan. Jika tadika anda lahirkan kanak² yang mampu menghafaz 10 hadis dan 10 ayat lazim setahun, insya-Allah tahun² mendatang tadika anda akan jadi pilihan utama.


Produk sampingan anda ialah:
1. Pusat asuhan bayi
2. Pusat asuhan kanak²
3. Pusat transit murid  aekolah rendah
4. Pusat pembelajaran pelajar sekolah menengah
5. Pengangkutan murid sekolah
6. Kantin/cafe ibu bapa
7. Dobi layan diri

Selamat berjaya.

Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal


Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Jual cendol paling sedap