Posts

Showing posts from July, 2018

Orang sains vs orang sastera

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Beberapa hari lepas saya hadir satu forum di melaka. Dua orang panel iaitu seorang doktor dan seorang lagi profesor. Audiennya guru dan sedikit pelajar. Antara perkara yang disentuh ialah keberhasilan sekolah melahirkan bilangan pelajar sains dan pelajar sastera. Cakap mudahnya, sekolah perlu keluarkan seramai mungkin pelajar aliran sains. Kadang² saya lihat polemik puluhan tahun dalam perkara ni diselaputi kekeliruan dan kedunguan para penularnya. Manakan tidak, pelajar aliran sains diklasifikasi sebagai cemerlang dan pelajar sastera dianggap berotak lembab. Bagi saya, yang dungu dan bengong ialah orang yang membuat klasifikasi tersebut. Kesannya pihak sekolah kelam kabut nak jadikan semua pelajar dapat masuk ke aliran sains. Jika ramai pelajar sastera maka sekolah tersebut dianggap lemah. Kalau begitu maka memang sesuailah sekolah itu dikategorikan dalam 'bottom 3'. Maksud saya, pihak pentadbirnya tidak cakna. Ma

jom sama² buat bisnes

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Kenapa saya buat blog panduan bisnes ini? Saya lihat ramai yang mengeluh perbelanjaan harian yang makin meningkat. Bahkan saya sendiri ikut mengalaminya. Saya pengeluar produk iaitu minyak morha (morhabshi). Namun jika orang ramai tiada duit siapa yang nak beli produk saya? Maka saya perlu doakan orang ramai agar ada banyak duit supaya dapat beli produk saya. Selain berdoa, Allah suruh kita berusaha. Ia adalah amal soleh kita jika betul caranya. Allah taala juga suruh kita bantu membantu sesama insan. Maka amalan yang baik dikira ibadah umum pada Allah di samping ibadah khusus ssperti solat, puasa, dan zakat. Sekadar menyuruh orang berusaha, saya fikir belum memadai. Saya berniaga sejak berusia 8 tahun. Saya bantu emak saya jual kuih di kampung. Hingga sekarang saya masih jual produk emak saya tetapi bukan lagi kuih muih. Minyak morha yang saya jual ini dikeluarkan oleh emak saya dibantu adik². Kini ia jadi bisnes keluar

Broker pasar borong

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Dengar kata pasar borong selayang ini dikuasai orang asing. Ini satu lagi idea bisnes daripada almarhum datuk saya. Setelah tamat pengajian di mekah beliau pernah menjadi kadhi dan mudir sekolah. Satu lagi idea beliau ialah letak barang dapur depan rumah. Kemudian beliau menjadi pendakwah bebas dengan memberi kuliah di masjid² sekitar KL. Saya pernah dengar beliau bagi idea pada seseorang untuk berniaga di pasar borong tanpa modal. Begini: datang awal² ke pasar sebelum lori dari cameron highland sampai. Sebaik lori tiba dan sebelum pemandunya sempat menurunkan barang, tawarkan untuk memborong seluruh muatan pada harga tertentu. Setelah persetujuan dicapai tanpa menurunkan barang tersebut dari lori, dapatkan pembeli. Akhirnya sayur²an itu dipindahkan dari lori penjual ke lori pembeli dan anda ambil untungnya. Kalau anda cekap, tak perlu keluarkan modal. Mungkin ini idea lapuk namun anda boleh kreatifkan idea ini. Cheg

Kacang lampu trafik

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Ha. Saya dah dapat gambarnya. Ketika kali pertama menjejak kaki di KL sekitar 1980an dulu saya hairan melihat lelaki yang menghulurkan sesuatu pada pemandu kereta yang berhenti di lampu isyarat. Rupa²nya orang itu menjual keputusan nombor ekor. Walaupun para penjudi belum tahu untung nasib mereka walaupun modal sudah keluar tetapi orang bisnes tangkas mengambil kesempatan dan buat untung. Apapun, judi adalah haram termasuk bersubahat. Apa kata jika kertas keputusan nombor ekor itu kita tukar kepada bungkusan kacang, kerepek, sandwich dan sebagainya? Mainan kanak² pun boleh. Ibu bapa yang pulang dari kerja mungkin ingin membelikan anak²nya sesuatu, sesekali. Jangan jual yang mahal². Jika kreatif boleh buat kraftangan sendiri dan jual. Saya pernah lihat anak muda jual pizza di simpang lampu isyarat. Isteri saya beli satu dan oleh kerana sedap, saya terpaksa pusing sekali lagi untuk melalui simpang tersebut. Selain sedap,

Menjual diri bukan menjual harga diri

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Begini? Atau begini? Dalam memperkenalkan diri pada orang ramai nilai² murnilah yang ditampilkan. Jangan biarkan orang menilai anda secara yang tidak anda ingini. Pembeli sukakan integriti. Dari situ orang akan mengingati anda walaupun anda telah meninggal dunia. Integriti bukan hanya berkaitan rasuah. Selagi anda masih hidup, integriti inilah yang menjadi modal anda. Jujur, amanah, sopan, dan tidak suka ambil tahu hal orang adalah adalah antara ciri yang masyarakat suka. Itu jugalah yang Allah taala suka. Apapun yang kita lakukan, lillahi taala. Oh ya. Dalam berpenampilan, jangan melampau. Jangan sampai orang kata anda tak siuman.  -  Cheguman Morha  -  Tips bisnes tanpa risau modal Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar  minyak morha . Minyak Morha

Pasang khemah tepi padang

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Kalau dapat khemah begini memang A++ Pelik tak? Kalau pelik ertinya ia menarik. Ini adalah strategi membuat jualan + penjenamaan. Cari taman perumahan, pergi ke padang permainan atau jalan utama dan pasang khemah di situ. Hias sedikit khemah anda dengan bunting dan poster yang boleh menarik minat orang ramai. Letak meja kecil dan produk serta info produk. Apa produknya? Saya cadangkan pencuci pakaian tanpa brand atau pun brand tidak terkenal. Yang penting berkualiti tapi murah. Strategi ini mungkin perlu dilakukan beberapa minggu sehingga orang ramai percaya bahawa anda memang serius nak berniaga. Jual minyak morha pun sesuai dengan strategi ini. -  Cheguman Morha  -  Tips bisnes tanpa risau modal Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar  minyak morha . Minyak Morha

Nasi lemak 50 sen

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Syarat pertama ialah semua orang kata nasi lemak anda sangat sedap. Jika tidak, lupakan. Lebih baik ambik upah bungkus nasi lemak jiran anda. Ada dua cara untuk dapatkan nasi lemak paling sedap: 1. Belajar hingga pandai. 2. Ikat kontrak dengan akak yang buat nasi lemak sedap itu. Saya rasa anda akan pilihan pertama. Nasi lemak 50 sen memang tidak banyak untung. Jika modal 40 sen bermakna 100 bungkus untung sebleum ditolak upah dsbnya cuma rm10. Lebih baik ambil upah potong rumput lebih berbaloi. Nanti dulu. Orang tak akan makan nasi lemak kosong sahaja. Oh ya, sambal pun tak ada. Di samping nasi lemak anda letak bekas berisi telur mata, rendang kerang/ ayam/daging dan macam² lagi. Apabila sambal dan telur diasingkan maka pelanggan yang mahukan lauk lain seperti rendang tidak perlu membayar harga sambal dan telur yang tidak mereka perlukan. Untuk jualan macam biasa di samping jual terus pada yang singgah anda juga boleh

Helang tua: berubah atau mati

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Pernah dengar cerita helang tua? Saya mendapatnya lebih 10 tahun lalu dari seorang motivator. Petang ini saya tulis semula kesah hebat ini untuk tatapan sahabat morha semua. Helang memang makhluk yang Allah jadikan hebat sehingga kerajaan amerika mengabadinya pada matawang negara gergasi itu. Namun ketika usia 40 tahun, helang menjadi terlalu tua. Paruhnya yang suatu ketika dulu gagah memagut dan mengoyak daging mangsa semakin membengkok hingga sukar untuk makan. Kuku kakinya yang suatu ketika menjadi senjata amat digeruni kini melengkung dan sukar digunakan bagi meragut dan mencengkam mangsa. Pilihan yang ada pada sang helang ialah samada menunggu saat mati kebuluran atau bertindak menukar dirinya menjadi helang baru yang perkasa. Maka sang helang terbang ke atas puncak sebuah gunung. Di situ sang helang mencari seketul batu yang keras. Sang helang mula mencakar permukaan batu dengan kuku tuanya sehingga patah dan tercabu

Menjadi pembekal gas memasak

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Bisnes ini memerlukan modal tetapi anda tidak perlu risau dengan modal yang anda keluarkan Semua rumah ada dapur dan hampir semua dapur perlukan satu tong gas memasak setiap bulan. Masalah utama gas memasak ialah tong yang agak berat. Prinsip kita ialah setiap masalah adalah peluang. Ada dua bisnes yang anda boleh lakukan: 1. Jual gas 2. Ambil upah hantar gas. Cara pertama memerlukan modal tetapi jangan risau sebab setiaonrumah perlukan gas. Kekangan yang perlu anda sedar ialah setiap rumah sudah ada pembekal masing². Di sini anda perlu buat keputusan samada mengambil peluang ini atau membiarkan begitu sahaja. Jika anda mengambil pilihan pertama, maka strategi mendapatkan pelanggan pun bermula. Oh ya. Menjadi pembekal gas boleh dijalankan bersama beberapa perkhidmatan lain yang saya telah tuliskan. Jika anda adalah pengurus KPS, jangan lepaskan peluang ini. Selamat berjaya. Insya-Allah. -  Cheguman Morha  -

Car boot sales tanpa kawan

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Konsep car boot sales adalah unik. Keunikannya itulah yang menarik orang datang. Saya pernah berniaga di rope walk (lorong kulit) di Penang. Ia macam pekan sehari tetapi agak unik. Car boot sales sebaiknya untuk orang menjual produk kecil²an terus kepada pembeli tanpa orang tengah. Contohnya, menjual anak kucing ataunduit siling lama. Car boot sales tak perlu ada penganjur walaupun khidmat itu percuma. Yang penting, peniaga tidak diganggu oleh pihak berkuasa tempatan. Cuba buat car boot sales sendiri. Parking kereta anda di suatu tempat, buka but kereta. Jangan ada khemah atau meja walaupun kecil. Biarkan begitu sahaja. Gunakan bunting kecil atau poster untuk memberitahu orang ramai benda yang anda jual. Kalau ada yang nak join, alu²kan tapi jangan kutip yuran pulak. Insya-Allah. -  Cheguman Morha  -  Tips bisnes tanpa risau modal Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi,

Tanam padi, padilah yang tumbuh

Image
Sawah di belakang rumah saya ini masih diusahakan 5x dalam dua tahun. Ingat lagi tak? Jika x=2, y=3 maka x+y=5. Justeru x+y takkan jadi 6 atau 7 atau lain². Itu yang orang tua² kata tanam lalang takkan tumbuh padi. Bagaimana pula tanam padi mungkin tumbuh lalang? Maknanya jika kita tak jaga dengan baik, lalang dan rumput lain akan tumbuh. Maklumlah, bunga lalang ringan dan boleh terbang dari tempat lain. Formula untuk berjaya perlu tepat. Untungnya orang yang berdoa ialah kalaupun usahanya tak menjadi dia dapat pahala. Insya-Allah. -  Cheguman Morha  -  Tips bisnes tanpa risau modal Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar  minyak morha . Minyak Morha

Cerita helang II: Kenapa helang bukannya hering?

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Hebatnya helang hinggakan kerajaan US mengabadikan fotonya pada matawang mereka. Kenapa helang dan bukannya hering? Padahal kedua²nya bersayap, besar, dan merupakan haiwan karnivor yakni pemakan daging? Jawapan ringkasnya ialah si burung hering adalah pemakan bangkai! Helang mendapat makanan secara berani dan bermaruah manakala hering sekadar memamah haiwan yang telah mati. Dalam misi profesionalnya, sang helang berlegar di udara, merenung mangsa dengan mata tajam, meluncur deras dengan senyap tapi pasti, menyambar dan membawa terbang mangsa pulang ke sarang untuk dikongsi bersama keluarga. Manakala si hering pula merayau mencari kalau² ada bangkai yang boleh dimakan. Lebih memalukan si hering sering berebut sesama sendiri menghurung haiwan yang sudah tak bernyawa. Atas sebab itulah helang dikagumi dan dihormati manakala hering dikeji dan dipandang rendah, tiada maruah. Demikian juga kita. Insan hebat tidak menang diseb

Hindari perbelanjaan tidak perlu

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Masa sekolah dulu,  mak kita bekalkan saputangan ke sekolah. Lipat dalam poket dan gunakan bila perlu. Makan nasi di rumah orang pun disediakan saputangan. Begitu juga di rumah kenduri. Yang romantisnya, apabila kekasih menangis juga dihulurkan saputangan buat mengelap si air mata. Tiba² teknologi membawa satu dimensi baru iaitu tisu. Serta merta saputangan dianggap tidak relevan lagi. Sebagaimana teknologi lain, tisu bukan sahaja membawa manafaat bahkan turut membawa masalah baru bersamanya. Orang kata, datang dengan pakej. Jika saputangan berharga rm1 sehelai boleh diguna berbulan² maka tisu rm1 terpaksa dibeli berulangkali. Selain tisu, tekonologi juga mengundang pelbagai perkakas baru seperti lampin bayi, pinggan kertas dsbnya berkonsep pakai buang. Maka perbelanjaan pun bertambah. oh ya. Kalau dulu bawa bekal air masak dalam botol, sekarang beli air mineral yang lebih mahal dari petrol. Botolnya terus dibuang, kadang²

Kalau perlu, menungginglah

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Hidup ini ada dua pilihan samada buat baik atau yang satu lagi. Ada yang berfikir tapi tak beramal dan ada yang beramal tapi tak berfikir. Bagaimana kita mahu sebuah gelas tertungging, yakni kakinya ke atas? Ada orang hanya berfikir dan biarkan idea itu terus terendam dalam kotak fikirnya. Ada yang berkata bahawa kita perlu tunggingkan gelas itu. Manakala yang lebih berani akan tunggingkan gelas itu dengan tangannya. Namun ada yang lebih baik dari itu. Dia sendiri akan menungging supaya gelas itu kelihatan tertungging. Ya. Ada masanya kita tidak mampu untuk mengubah sesuatu dengan menyentuhnya. Kita perlu mulakan dengan mengubah persepsi diri sendiri. Insya-Allah. -  Cheguman Morha  -  Tips bisnes tanpa risau modal Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar  minyak morha . Minyak Morha

Apabila terpaksa semua boleh

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Pernah kena selumbar? Sakit tak? Macamana kalau kita berlari dalam semak samun yang berduri². Contohnya merentasi belukar yang di dalamnya pokok rotan dan mengkuang? Memang sakit dan memeritkan. Namun bagaimana jika kita terpaksa merentas kawasan itu kerana dikejar harimau? Adakah kita sedia menempuh duri² itu? Demi keselamatan atau demi sesuatu ganjaran kita akan sanggup lakukan.  Duri² itu hanyalah masalah kecil yang sedia kita tempuh kerana di hujung perjalanan ada yang akan kita kecapi. Kalau dalam bisnes, letakkan target yang berbaloi dan buatlah perkiraan yang tepat dalam jangka masa yang sesuai. Ada langkah dan strategi yang patut kita ambil. Segala kesulitan akan kita redah. Segala kesakitan tidak kita hirau kerana kita tahu di hujungnya ada kejayaan. Begitulah juga keseluruhan hidup ini. Apa sahaja kepayahan atau kegetiran sanggup kita tempuhi jika di hujungnya ada balasan menanti. Insya-Allah. -  Cheguman M

Jual produk pada orang kaya

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Ijazah pertama saya dan isteri ialah pendidikan prasekolah. Maknanya,  kalau nak buat bisnes lain kami boleh buka sekolah tadika. Ramai tak perasan, bisnes untuk prasekolah lebih luas pasarannya berbanding buka universiti. Sebabnya, hampir semua anak manusia akan masuk tadika manakala hanya segelintir yang masuk universiti. Teori saya, jika buka tadika untuk orang kaya, sasaran tak ramai tapi boleh caj mahal². Mereka tak kesah dengan bayaran asalkan kualiti kemudahan yang disediakan tip top. Ada duit, apa ada masalah. Kan? Sebaliknya jika buka tadika yang yurannya di bawah rm200 pelanggan yang datang ialah golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kesannya,  pihak pengurusan akan menghadapi banyak masalah berkaitan wang. Ada yang bayar lewat dan akan komplen apabila ada bayaran tambahan. Sebab itu ramai pengusaha produk enggan mensasarkan produk mereka pada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Caranya mudah, iai

Bisnes ialah pinjamkan wang

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Jangan bimbang, ini bukan kisah nak pinjam duit. Nak bagi duit pun bukan. Pernah pinjam barang kawan? Sampai masa kita kena pulangkan. Apabila seorang kawan menjual produk maka pembelian kita itu seolah meminjamkan dia wang. Suatu ketika dia akan pulangkan kembali. Contohnya masa kita buat kenduri. Kata orang, salam berkaup. Adakalanya dia tak sempat 'bayar' sebab kita mati lebih awal. Apapun, dia bayar dalam bentuk doa dan al-fatihah. Kalau dia pergi dulu saya tak tau. Cuba tanya ustaz. Begitu juga ketika kita memerlukan sesuatu produk seperti makanan atau ubatan. Kita ambil produk dan beri dia wang. Suatu masa pula dia datang ziarah dan sedeqahkan kembali wang tersebut samada ketika kita sakit atau kepada keluarga yang meguruskan jenazah kita. Demikianlah timbal balik kehidupan bagi yang mengerti. Wallahu'alam. -  Cheguman Morha  -  Tips bisnes tanpa risau modal Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin ada

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Yang aktif ialah tukang paip manakala yang pasif ialah batang paip, sinki dll. Kita bukan batang paip atau sinki. Bagi yang sezaman dengan saya barangkali masih ingat kita belajar dulu ayat bangun membuat dan ayat bangun kena buat . Bunyinya lawak sikit. Kita santai² saja. Contoh ayat bangun membuat: 👉🏻Guru merotan Kasim. Contoh ayat bangun kena buat pula: 👉🏻Kasim dirotan guru. Samada bangun membuat atau bangun kena buat, maksudnya sama tetapi impaknya berlainan. Mari kita lihat contoh yang agak brutal: 👉🏻Saleh mengerjakan Rizal. 👉🏻Rizal dikerjakan Saleh. Nampak tak siapa yang teruk? Tentulah orang yang dikerjakan itu. Kita boleh kata, rizal menanti nasib semata². Dalam bahasa yang lebih akademik dikatakan Salih proaktif manakala rizal pasif atau jika bertindakpun, sekadar reaktif. Apa beza proaktif, pasif, dan reaktif? Orang yang proaktif akan buat sesuatu sebelum masalah timbul. Contohnya, menyusukan ba

Meletakkan target, paksa sedikit

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Memang kita sudah tau, cuma kadang² terlalai sedikit. Memang kita mau buat, tetapi kadang kala tertangguh sekejap. Itulah sebabnya setiap subuh dilaungkan azan "sembahyang itu lebih baik daripada tidur." Bukan kerana kita tidak tau tetapi kerana 2 sebab tadi. Sejak kecil kita sudah tau sembahyang itu lebih baik daripada tidur tapi kerana enaknya tidur, kita sering terlajak. Maka, selain ingat mengingati saban hari, kita juga kena paksa diri sendiri sedikit. Wallahu'alam. -  Cheguman Morha  -  Tips bisnes tanpa risau modal Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar  minyak morha . Minyak Morha

Tips jadi agen dropship

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Pengalaman peribadi pengguna merangsang orang lain untuk mencuba. Beza antara MLM dengan dropship ialah MLM orang tak berapa suka anda manakala dropship tak apa. Kenapa? Puncanya MLM menggalakkan ahlinya cari ahli baru. Orang bosan sebab janjinya muluk² padahal realitinya hanya beberapa orang sahaja yang berjaya. Sebaliknya dropship adalah seperti perniagaan biasa. Anda promote, ambil order, pembeli bayar, dan produk dihantar terus kepada orang yang order. Kelebihan sistem dropship ialah anda tidak perlu menyimpan stok dan tidak perlu ke pejabat pos. Pembeli menyangka anda yang menguruskan semua itu sebab di bahagian maklumat nama anda ditulis sebagai penghantar. Semoga berjaya. Insya-Allah. -  Cheguman Morha  -  Tips bisnes tanpa risau modal Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar  minyak morha . Minyak Morha

rojak atau pecal paling sedap

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Rojak Pecal Apa beza rojak dengan pecal? Entah lah.  Yang penting kalau sedap orang akan cari lagi. Masalahnya bagaimana nak tau sedap atau tidak? Sekali tak sedap orang akan ingat sampai bila². Bukan itu sahaja malah akan disebarkan pada orang ramai. Maklumlah. Kebanyakannya prihatin takut orang lain terkena sama. Jangan ambil risiko. Jika anda tiada resepi rojak yang power carilah yang dah terbukti orang suka. Saya cadangkan rojak sebab: 1. Pes kuahnya boleh disimpan lama. Bancuh untuk kegunaan semasa sahaja. 2. Bahannya seperti buah, timun dan sebagainya boleh anda cari sendiri. Sebagaimana jual cendol, strategi yang sama boleh digunakan: 1. Buka meja depan rumah untuk orang singgah 2. Promote dalam grup² whatsap. Buka order dan sediakan khidmat penghantaran. Satu lagi keistimewaan rojak ialah anda boleh jual pada pelanggan jauh. Contohnya anda di kedah dan pembeli di johor. Pes rojak yang belum dibancuh b

Penyedia santan kelapa

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Berapa lamakah kelapa biji boleh disimpan? Jawabnya bergantung pada stok yang ada pada anda. Kalau setakat 50 biji, sehari dua habislah. Jika sebiji kelapa anda untung 50 sen (termasuk upah mesin) bermakna jika 50 biji anda raih rm25. Kirakan jika 30 hari. Dalam bisnes lain biasanya anda kena cari pembeli tetapi apabila anda jadi pembekal santan, anda cuma perlu cari kelapa. Pembeli-lah yang akan cari anda. Ada dua cara untuk dapatkan kelapa: 1. Tanam pokok kelapa 2. Cari tuan pokok kelapa Untuk menghasilkan santan ada beberapa cara: 1. Guna tangan 2. Guna mesin Ada macam² mesin di pasaran. Cuba Google. Blog ini bukan kata berniaga tanpa modal (walaupun ada jenis perniagaan begitu) tetapi 'berniaga tanpa perlu RISAU (kehilangan) modal'. Ada beberapa cara untuk mendapatkan mesin kecuali pinjam duit orang. Jangan pinjam duit orang terutama saudara atau kawan baik. Ada beberapa tempat untuk anda cari moda

Kedai dobi modal RM0.00

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Nah, ini mesin anda. Guna bila² masa. Tiada deposit, tiada bayaran bulanan, tiada ikatan. Hanya sediakan jadual sendiri dan patuhi. Di mana ada usaha di situ ada jaya. Pernah dengar? Rasanya saya pernah dengar. Motto sebuah sekolah agaknya. Idea tiada harga. Walaupun orang boleh curi idea kita tapi mereka tidak boleh curi komitmen kita. Kata² itu saya jumpa di fb Nobisha. Sebenarnya banyak idea yang tidak memerlukan modal wang ringgit sebaliknya anda hanya perlu beri komitmen. Fokus. Salah satu komitmen yang anda perlu sediakan ialah masa. Itu sebabnya blog ini diberi tajuk 'bukan modal tapi jadual'. Maksudnya, anda cuma perlu buat jadual dan patuhi jadual itu. Wang akan datang kemudian. Oh ya. Anda boleh tunjukkan jadual itu pada bakal pelanggan dan mereka akan bagi anda wang jika anda patuhi jadual tersebut. Salah satu usaha (dari perkataan usaha lahirnya istilah usahawan) yang anda lakukan tanpa sesenpun modal

Menggandakan untung

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Ini adalah idea mudah tetapi kreatif. Saya beri contoh dan anda lakukan pada benda lain. Berapakah harga sebiji terung? Mungkin cuma 50 sen. Namun apabila ditukar menjadi kari harganya lebih tinggi. Jika dijadikan pajeri terung pula, anda boleh jual berkali ganda. Kari agak mudah dimasak. Jika semua orang boleh buat siapa yang nak beli? Kecuali kari terung anda memang memukau. Namun tak ramai yang tau buat pajeri. Kalau anda ada mak saudara yang resepinya sedap menjulang, eloklah belajar. Pajeri yang sedap memang ada peminat tersendiri. Untuk makan sekeluarga, tak berapa berbaloi nak masak pajeri. Tambahan pula bukan semua suka pajeri. Kadang² hanya si suami yang suka. Anda boleh masukkan tawaran dalam grup whatsap taman perumahan dan grup keluarga. Minta tolong mereka share dalam grup² lain. Apabila sudah cukup order, senang anda nak budget masakan. Orang tak makan pajeri hari². Mungkin anda boleh buka tempahan u