Posts

Showing posts from August, 2018

Buka tadika serbaguna

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Program pertandingan begini adalah promosi untuk tahun depan. Ibu bapa akan viralkan kebolehan anak mereka dalam media sosial. Anak kami hafal 10 hadis dan beberapa ayat quran seperti surah almulk. Apabila ibubapa berkongsi kegembiraan dengan orang lain, mereka akan tertarik untuk ke tadika ini (PASTI). Jika diberi pilihan anda mahu dapat untung yang banyak atau kurang? Rasanya hampir semua orang akan buat pilihan pertama. Sememangnya anda dibenarkan memilih. Jadi kenapa pilih yang sedikit? Apabila anda telah tetapkan target pelanggan maka tetapkan produk atau perkhidmatan yang boleh anda tawarkan. Saya bagi cadangan, buka tadika. Ada 4 kategori target pelanggan: 1. Berpendapatan rendah akan pilih tadika percuma atau mengenakan sedikit yuran. Golongan ini bukan target bisnes anda. 2. Berpendapatan sederhana Golongan ini akan pilih tadika anda jika anda boleh beri keistimewaan. Anggaran kemampuan mereka antara rm2

Perlu ada SOP

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Anak sungai keruh, rumpun² nipah yang buahnya tak sesedap mana, dan desa terpencil bukan alasan untuk penduduknya menyalahkan tuhan. Malas bukan sifat mutlak manusia. Malas adalah keadaan ketika kita memberi tumpuan pada perkara lain pada satu masa yang sama. Contohnya apabila kita diberi tugasan menyiapkan kerja rumah dan pada masa yang sama tv menyiarkan cerita menarik. Apabila kita memilih untuk menonton maka kerja rumah pun tidak dapat disiapkan. Setelah filem tamat mata pun mengantuk. Maka pilihan ketika itu ialah samada menyiapkan kerja rumah tadi atau tidur. Orang akan kata anda pemalas namun hari ni saya nak anda beritahu diri sendiri bahawa anda bukan malas tetapi sedang memberi tumpuan pada perkara lain. Ok. Kita betulkan sikit: silap memberi tumpuan atau keutamaan. Apa yang perlu kita buat sekarang ialah menyusun keutamaan dan mula melakukan mengikut kepentingan dan menginsafi bahawa ada perkara memang terpaksa d

KPI untuk jiran

Image
sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Masjid di vietnam ini turut menyediakan makanan untuk pelancong berkumpulan dengan harga berpatutan dan hidangan yang enak.  Rasanya semua sudah tau apa itu KPI iaitu akronim untuk indikator bagi menyukat pencapaian. Cuma ramai yang keliru untuk siapa kpi ini dibuat? Adakah untuk penerima perkhidmatan atau untuk penyedia perkhidmatan? Akibat kekeliruan tersebut ramai yang melantik diri sendiri menjadi penilai pada orang lain, termasuklah menilai prestasi pasangannya. Padahal kpi adalah untuk muhasabah diri samada kita telah memberikan perkhidmatan terbaik pada orang lain atau belum. Kpi bukan untuk menerima sesuatu sebaliknya untuk memberi sesuatu. Yakni, adakah kita telah memberikan perkhidmatan terbaik? Dalam konteks yang paling dekat ialah apakah suami telah menyediakan yang terbaik untuk isteri, begitu juga sebaliknya. Setiap orang ada kpi masing² dan ini yang dimaksudkan dengan 'hablumminannas' (hubungan sesam