KPI untuk jiran

Masjid di vietnam ini turut menyediakan makanan untuk pelancong berkumpulan dengan harga berpatutan dan hidangan yang enak. 

Rasanya semua sudah tau apa itu KPI iaitu akronim untuk indikator bagi menyukat pencapaian.

Cuma ramai yang keliru untuk siapa kpi ini dibuat? Adakah untuk penerima perkhidmatan atau untuk penyedia perkhidmatan?

Akibat kekeliruan tersebut ramai yang melantik diri sendiri menjadi penilai pada orang lain, termasuklah menilai prestasi pasangannya.

Padahal kpi adalah untuk muhasabah diri samada kita telah memberikan perkhidmatan terbaik pada orang lain atau belum.

Kpi bukan untuk menerima sesuatu sebaliknya untuk memberi sesuatu. Yakni, adakah kita telah memberikan perkhidmatan terbaik?

Dalam konteks yang paling dekat ialah apakah suami telah menyediakan yang terbaik untuk isteri, begitu juga sebaliknya.

Setiap orang ada kpi masing² dan ini yang dimaksudkan dengan 'hablumminannas' (hubungan sesama manusia) dan 'hablumminallah' (hubungan dengan pencipta).

Apakah kpi kita pada jiran tetangga? Kalau dulu sumbangan kita hanya pada yang sebangsa dan seagama,  apakata kita luaskan sikit pada semua jiran kita dan rakyat Malaysia?


Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal


Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Jual cendol paling sedap