Nasi lemak 50 sen

sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal


Syarat pertama ialah semua orang kata nasi lemak anda sangat sedap. Jika tidak, lupakan. Lebih baik ambik upah bungkus nasi lemak jiran anda.

Ada dua cara untuk dapatkan nasi lemak paling sedap:
1. Belajar hingga pandai.
2. Ikat kontrak dengan akak yang buat nasi lemak sedap itu.

Saya rasa anda akan pilihan pertama.

Nasi lemak 50 sen memang tidak banyak untung. Jika modal 40 sen bermakna 100 bungkus untung sebleum ditolak upah dsbnya cuma rm10.

Lebih baik ambil upah potong rumput lebih berbaloi.

Nanti dulu. Orang tak akan makan nasi lemak kosong sahaja. Oh ya, sambal pun tak ada.

Di samping nasi lemak anda letak bekas berisi telur mata, rendang kerang/ ayam/daging dan macam² lagi.

Apabila sambal dan telur diasingkan maka pelanggan yang mahukan lauk lain seperti rendang tidak perlu membayar harga sambal dan telur yang tidak mereka perlukan.

Untuk jualan macam biasa di samping jual terus pada yang singgah anda juga boleh ambik order melalui whatsapp terlebih dahulu.

Maknanya pelanggan anda boleh order lauk yang mereka mahu sebelum tiba di gerai anda.

Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal

Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Kalau perlu, menungginglah