Kacang lampu trafik

sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal

Ha. Saya dah dapat gambarnya.

Ketika kali pertama menjejak kaki di KL sekitar 1980an dulu saya hairan melihat lelaki yang menghulurkan sesuatu pada pemandu kereta yang berhenti di lampu isyarat.

Rupa²nya orang itu menjual keputusan nombor ekor.

Walaupun para penjudi belum tahu untung nasib mereka walaupun modal sudah keluar tetapi orang bisnes tangkas mengambil kesempatan dan buat untung.

Apapun, judi adalah haram termasuk bersubahat.

Apa kata jika kertas keputusan nombor ekor itu kita tukar kepada bungkusan kacang, kerepek, sandwich dan sebagainya?

Mainan kanak² pun boleh. Ibu bapa yang pulang dari kerja mungkin ingin membelikan anak²nya sesuatu, sesekali.

Jangan jual yang mahal². Jika kreatif boleh buat kraftangan sendiri dan jual.

Saya pernah lihat anak muda jual pizza di simpang lampu isyarat. Isteri saya beli satu dan oleh kerana sedap, saya terpaksa pusing sekali lagi untuk melalui simpang tersebut.

Selain sedap, harganyapun lebih murah. Maklumlah, tak perlu bayar sewa kedai.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Di mana ada jalan, di situ anda boleh berniaga.

Insya-Allah.

Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal


Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Jual cendol paling sedap