Broker pasar borong

sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal

Dengar kata pasar borong selayang ini dikuasai orang asing.

Ini satu lagi idea bisnes daripada almarhum datuk saya. Setelah tamat pengajian di mekah beliau pernah menjadi kadhi dan mudir sekolah.

Satu lagi idea beliau ialah letak barang dapur depan rumah.

Kemudian beliau menjadi pendakwah bebas dengan memberi kuliah di masjid² sekitar KL.

Saya pernah dengar beliau bagi idea pada seseorang untuk berniaga di pasar borong tanpa modal.

Begini: datang awal² ke pasar sebelum lori dari cameron highland sampai. Sebaik lori tiba dan sebelum pemandunya sempat menurunkan barang, tawarkan untuk memborong seluruh muatan pada harga tertentu.

Setelah persetujuan dicapai tanpa menurunkan barang tersebut dari lori, dapatkan pembeli.

Akhirnya sayur²an itu dipindahkan dari lori penjual ke lori pembeli dan anda ambil untungnya.

Kalau anda cekap, tak perlu keluarkan modal.

Mungkin ini idea lapuk namun anda boleh kreatifkan idea ini.

Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal

Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.

Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Jual cendol paling sedap