Buat dapur depan rumah


Walau untung kecil tapi barang keperluan orang nak hari²

Ini petua dari datuk saya iaitu letak barang dapur depan rumah.

Apa barang dapur? Bawang, garam, gula, tepung, beras, ikan bilis, dll. Beli dalam jumlah yang agak banyak.

Jangan simpan barang² itu di dapur sebaliknya pamerkan di depan rumah. Biar orang ramai nampak.

Dah nampak ideanya? Apabila beli dalam jumlah yang besar, anda boleh dapat dengan harga lebih rendah.

Sambil anda guna sendiri di dapur, jika ada jiran mahu, boleh jual. Jika tiada orang mahu beli, anda tidak rugi sebab memang anda akan guna setiap hari.

Namun itu idea 1970an dan 1980an. 1990an masih boleh guna sikit². Masa itu kebanyakan keluarga agak susah. Masih ramai berpendapatan kais pagi makan pagi. Barang runcit dibeli hari².

Sekarang hampir semua orang dah mampu beii banyak² pada awal bulan di pasaraya.

Namun kita boleh kreatifkan idea datuk saya itu. Tukarkan barang dapur kepada kuih muih, lauk pauk dsbnya.

Jika sebelum ini setiap hari anda perlu masak untuk keluarga maka dengan idea ini anda masak lebih sedikit untuk dijual pada tetangga.

Kaedah promosi juga boleh ditambah. Barang² jualan tadi (termasuk kuih muih, lauk pauk dll) tidak hanya diletak di depan rumah malah diambil gambar dan share dalam grup whatsapp.

Mungkin barang runcit dah tak sesuai. Bagaimana dengan kuih muih dan lauk pauk?

Sila baca tips menjual dari rumah.

Semoga berjaya.

Cheguman Morha -
Tips bisnes tanpa risau modal

    tips seterusnya>>
<<tips sebelum ini

Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Kalau perlu, menungginglah