Kedai dobi modal RM0.00

sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal

Nah, ini mesin anda. Guna bila² masa. Tiada deposit, tiada bayaran bulanan, tiada ikatan. Hanya sediakan jadual sendiri dan patuhi.

Di mana ada usaha di situ ada jaya. Pernah dengar? Rasanya saya pernah dengar. Motto sebuah sekolah agaknya.

Idea tiada harga. Walaupun orang boleh curi idea kita tapi mereka tidak boleh curi komitmen kita.

Kata² itu saya jumpa di fb Nobisha.

Sebenarnya banyak idea yang tidak memerlukan modal wang ringgit sebaliknya anda hanya perlu beri komitmen. Fokus.

Salah satu komitmen yang anda perlu sediakan ialah masa. Itu sebabnya blog ini diberi tajuk 'bukan modal tapi jadual'.

Maksudnya, anda cuma perlu buat jadual dan patuhi jadual itu. Wang akan datang kemudian.

Oh ya. Anda boleh tunjukkan jadual itu pada bakal pelanggan dan mereka akan bagi anda wang jika anda patuhi jadual tersebut.

Salah satu usaha (dari perkataan usaha lahirnya istilah usahawan) yang anda lakukan tanpa sesenpun modal ialah mencuci pakaian pelanggan.

Tanpa modal langsung? Mungkin pernyataan itu melampau tetapi mencungkil sekecil² perbelanjaan sebagai modal juga kurang adil.

Sebaiknya jangan diperdebat isu ini.

Kedai dobi layan diri ada merata². Biasanya tiada orang yang menunggu. Maknanya anda terlepas dari soal siasat: "ini pakaian siapa?"

Dapat tangkap maksud saya? Maknanya anda boleh ambil upah mencuci pakaian menggunakan mesin basuh di kedai dobi layan diri.

Untuk nilai tambah dan tambah untung, tawarkan perkhidmatan menggosok pakaian.

Kalaupun ada modal yang perlu anda sediakan maka sterika buruk di rumah anda itulah modalnya.

Semoga berjaya. Insya-Allah.

Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal


Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Kalau perlu, menungginglah