Cerita helang II: Kenapa helang bukannya hering?

sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal


Hebatnya helang hinggakan kerajaan US mengabadikan fotonya pada matawang mereka.

Kenapa helang dan bukannya hering? Padahal kedua²nya bersayap, besar, dan merupakan haiwan karnivor yakni pemakan daging?

Jawapan ringkasnya ialah si burung hering adalah pemakan bangkai!

Helang mendapat makanan secara berani dan bermaruah manakala hering sekadar memamah haiwan yang telah mati.

Dalam misi profesionalnya, sang helang berlegar di udara, merenung mangsa dengan mata tajam, meluncur deras dengan senyap tapi pasti, menyambar dan membawa terbang mangsa pulang ke sarang untuk dikongsi bersama keluarga.

Manakala si hering pula merayau mencari kalau² ada bangkai yang boleh dimakan. Lebih memalukan si hering sering berebut sesama sendiri menghurung haiwan yang sudah tak bernyawa.

Atas sebab itulah helang dikagumi dan dihormati manakala hering dikeji dan dipandang rendah, tiada maruah.

Demikian juga kita. Insan hebat tidak menang disebabkan lawannya lemah sebaliknya mencapai kemenangan kerana kita memang berhak untuk menang.

Tidak kira kita dalam bidang politik atau perniagaan, kita hanya akan dihormati sekiranya kita mendapat sesuatu secara bermaruah, bukan bertindak bacul mengambil kesempatan ketika lawan sedang sedia nazak, apatah lagi jika sudah tidak bernyawa.

Insan hebat menghimpun kekuatan sendiri bagi mencapai impian peribadi manakala manusia lemah sekadar menanti.

Saya tahu, anda insan hebat.

Insya-Allah.

Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal


Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Kalau perlu, menungginglah