Apabila terpaksa semua boleh
Pernah kena selumbar? Sakit tak?
Macamana kalau kita berlari dalam semak samun yang berduri². Contohnya merentasi belukar yang di dalamnya pokok rotan dan mengkuang?
Memang sakit dan memeritkan.
Namun bagaimana jika kita terpaksa merentas kawasan itu kerana dikejar harimau? Adakah kita sedia menempuh duri² itu?
Demi keselamatan atau demi sesuatu ganjaran kita akan sanggup lakukan. Duri² itu hanyalah masalah kecil yang sedia kita tempuh kerana di hujung perjalanan ada yang akan kita kecapi.
Kalau dalam bisnes, letakkan target yang berbaloi dan buatlah perkiraan yang tepat dalam jangka masa yang sesuai. Ada langkah dan strategi yang patut kita ambil.
Segala kesulitan akan kita redah. Segala kesakitan tidak kita hirau kerana kita tahu di hujungnya ada kejayaan.
Begitulah juga keseluruhan hidup ini. Apa sahaja kepayahan atau kegetiran sanggup kita tempuhi jika di hujungnya ada balasan menanti.
Insya-Allah.
- Cheguman Morha -
Tips bisnes tanpa risau modal
Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.
Comments
Post a Comment