Menggandakan untung


Ini adalah idea mudah tetapi kreatif. Saya beri contoh dan anda lakukan pada benda lain.

Berapakah harga sebiji terung? Mungkin cuma 50 sen.

Namun apabila ditukar menjadi kari harganya lebih tinggi. Jika dijadikan pajeri terung pula, anda boleh jual berkali ganda.

Kari agak mudah dimasak. Jika semua orang boleh buat siapa yang nak beli? Kecuali kari terung anda memang memukau.

Namun tak ramai yang tau buat pajeri. Kalau anda ada mak saudara yang resepinya sedap menjulang, eloklah belajar.

Pajeri yang sedap memang ada peminat tersendiri.


Untuk makan sekeluarga, tak berapa berbaloi nak masak pajeri. Tambahan pula bukan semua suka pajeri. Kadang² hanya si suami yang suka.

Anda boleh masukkan tawaran dalam grup whatsap taman perumahan dan grup keluarga. Minta tolong mereka share dalam grup² lain.

Apabila sudah cukup order, senang anda nak budget masakan. Orang tak makan pajeri hari².

Mungkin anda boleh buka tempahan untuk sekali seminggu. Sekali masak, satu periuk besar. Kalau sebiji terung anda jual rm2.50, 100 biji anda sudah dapat rm250. Tolak kos, senang² rm100 dalam tangan.

Itu baru satu pusingan.

Strategi yang sama boleh anda guna untuk acar buah, nasi beriyani, ayam masak merah, dsbnya.

Semoga berjaya. Insya-Allah.

Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal


Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Kalau perlu, menungginglah