jom sama² buat bisnes

sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal


Kenapa saya buat blog panduan bisnes ini?

Saya lihat ramai yang mengeluh perbelanjaan harian yang makin meningkat. Bahkan saya sendiri ikut mengalaminya.

Saya pengeluar produk iaitu minyak morha (morhabshi). Namun jika orang ramai tiada duit siapa yang nak beli produk saya?

Maka saya perlu doakan orang ramai agar ada banyak duit supaya dapat beli produk saya.

Selain berdoa, Allah suruh kita berusaha. Ia adalah amal soleh kita jika betul caranya.

Allah taala juga suruh kita bantu membantu sesama insan. Maka amalan yang baik dikira ibadah umum pada Allah di samping ibadah khusus ssperti solat, puasa, dan zakat.

Sekadar menyuruh orang berusaha, saya fikir belum memadai. Saya berniaga sejak berusia 8 tahun. Saya bantu emak saya jual kuih di kampung.

Hingga sekarang saya masih jual produk emak saya tetapi bukan lagi kuih muih. Minyak morha yang saya jual ini dikeluarkan oleh emak saya dibantu adik².

Kini ia jadi bisnes keluarga.

Secara ringkasnya panduan ini adalah:

1. Idea bisnes
Merintis jalan untuk anda menjadi usahawan dengan idea anda sendiri yang lebih baik melalui gabungan idea² di blog ini dan idea² dari sumber lain.

2. Bantu orang ramai berjimat
Dengan adanya usahawan yang beroperasi dengan kos yang lebih murah, masyarakat setempat dapat lebih berjimat.

3. Melahirkan usahawan tempatan menyediakan produk dan perkhidmatan bagi membantu anggota masyarakat yang memerlukan, sekaligus mengaktifkan ekonomi dalam negara.

Semuanya dengan izin Allah taala. Tidak bergerak walaubsatu zahrah tanpa izin Allah.

Justeru, berdoalah sentiasa.

Jom baca:
50+ idea bisnes tanpa risau modal
50+ idea bisnes tanpa risau modal
50+ idea bisnes tanpa risau modal

Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal

Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Jual cendol paling sedap