Penyedia santan kelapa



Berapa lamakah kelapa biji boleh disimpan?

Jawabnya bergantung pada stok yang ada pada anda. Kalau setakat 50 biji, sehari dua habislah.

Jika sebiji kelapa anda untung 50 sen (termasuk upah mesin) bermakna jika 50 biji anda raih rm25.

Kirakan jika 30 hari.

Dalam bisnes lain biasanya anda kena cari pembeli tetapi apabila anda jadi pembekal santan, anda cuma perlu cari kelapa. Pembeli-lah yang akan cari anda.

Ada dua cara untuk dapatkan kelapa:
1. Tanam pokok kelapa
2. Cari tuan pokok kelapa

Untuk menghasilkan santan ada beberapa cara:
1. Guna tangan
2. Guna mesin

Ada macam² mesin di pasaran. Cuba Google.

Blog ini bukan kata berniaga tanpa modal (walaupun ada jenis perniagaan begitu) tetapi 'berniaga tanpa perlu RISAU (kehilangan) modal'.

Ada beberapa cara untuk mendapatkan mesin kecuali pinjam duit orang. Jangan pinjam duit orang terutama saudara atau kawan baik.

Ada beberapa tempat untuk anda cari modal untuk beli mesin. Antaranya Amanah Ikhtiar Malaysia atau TEKUN. Selain itu jabatan seperti pertanian ada budget untuk itu.

Carilah maklumat berkenaan. Kalau nak seribu jalan kalau tak nak seribu alasan.

Semoga berjaya. Insya-Allah.

Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal


Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.

Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Kalau perlu, menungginglah