Car boot sales tanpa kawan



Konsep car boot sales adalah unik. Keunikannya itulah yang menarik orang datang.

Saya pernah berniaga di rope walk (lorong kulit) di Penang. Ia macam pekan sehari tetapi agak unik.

Car boot sales sebaiknya untuk orang menjual produk kecil²an terus kepada pembeli tanpa orang tengah.

Contohnya, menjual anak kucing ataunduit siling lama.

Car boot sales tak perlu ada penganjur walaupun khidmat itu percuma. Yang penting, peniaga tidak diganggu oleh pihak berkuasa tempatan.

Cuba buat car boot sales sendiri. Parking kereta anda di suatu tempat, buka but kereta.

Jangan ada khemah atau meja walaupun kecil. Biarkan begitu sahaja.

Gunakan bunting kecil atau poster untuk memberitahu orang ramai benda yang anda jual.

Kalau ada yang nak join, alu²kan tapi jangan kutip yuran pulak.

Insya-Allah.


Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal


Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Kalau perlu, menungginglah