Tanam padi, padilah yang tumbuh
Sawah di belakang rumah saya ini masih diusahakan 5x dalam dua tahun.
Ingat lagi tak? Jika x=2, y=3 maka x+y=5. Justeru x+y takkan jadi 6 atau 7 atau lain².
Itu yang orang tua² kata tanam lalang takkan tumbuh padi.
Bagaimana pula tanam padi mungkin tumbuh lalang? Maknanya jika kita tak jaga dengan baik, lalang dan rumput lain akan tumbuh. Maklumlah, bunga lalang ringan dan boleh terbang dari tempat lain.
Formula untuk berjaya perlu tepat. Untungnya orang yang berdoa ialah kalaupun usahanya tak menjadi dia dapat pahala.
Insya-Allah.
- Cheguman Morha -
Tips bisnes tanpa risau modal
Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.
Comments
Post a Comment