rojak atau pecal paling sedap

sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal

Rojak

Pecal

Apa beza rojak dengan pecal? Entah lah.  Yang penting kalau sedap orang akan cari lagi.

Masalahnya bagaimana nak tau sedap atau tidak? Sekali tak sedap orang akan ingat sampai bila². Bukan itu sahaja malah akan disebarkan pada orang ramai.

Maklumlah. Kebanyakannya prihatin takut orang lain terkena sama.

Jangan ambil risiko.

Jika anda tiada resepi rojak yang power carilah yang dah terbukti orang suka.

Saya cadangkan rojak sebab:
1. Pes kuahnya boleh disimpan lama. Bancuh untuk kegunaan semasa sahaja.
2. Bahannya seperti buah, timun dan sebagainya boleh anda cari sendiri.

Sebagaimana jual cendol, strategi yang sama boleh digunakan:
1. Buka meja depan rumah untuk orang singgah
2. Promote dalam grup² whatsap. Buka order dan sediakan khidmat penghantaran.

Satu lagi keistimewaan rojak ialah anda boleh jual pada pelanggan jauh. Contohnya anda di kedah dan pembeli di johor.

Pes rojak yang belum dibancuh boleh dipos. Sediakan cara menyediakan rojak pada pembeli. Ajar mereka sukatan yang tepat. Cadangkan bahan² tambahan yang boleh dimasukkan.

Satu lagi makanan yang boleh dijual melalui konsep ini ialah PECAL.

Orang jawa tentu tau makan pecal tetapi belum tentu tau cara membuatnya. Tambah² pula buat pecal yang sedap.

Semoga berjaya. Insya-Allah.

Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal


Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Kalau perlu, menungginglah