Jual cendol paling sedap


Ramai yang suka cendol. Namun untuk buat cendol sendiri agak sukar. Kalau nak berniaga perlu ada mesin. 

Cuba cari di mana pengeluar cendol di kawasan anda. Itu lebih mudah.

Ada dua cara menyediakan cendol untuk diminum iaitu guna santan atau susu cair. 

Ok, ada 3 sebenarnya. Campuran susu cair dan santan.



Dua cara untuk jual cendol:

1. Buka warung depan rumah
2. Tak buka warung tetapi ambil order guna grup whatsapp.
3. Kombinasi kedua² cara tadi iaitu buka gerai untuk yang nak singgah dan buka order untuk yang nak minum bersama keluarga di rumah.

Oh ya. Kalau tetamu datang ke rumah, elok juga dihidang cendol. Order sahaja.

Kelebihan bisnes cendol ialah anda boleh simpan dalam peti ais jika tak habis.

Kelebihan guna susu cair pula anda boleh buka tin yang nak digunakan sahaja. Selebihnya simpan.

Biasanya orang yang tak berapa suka cendol santanpun akan kata cendol anda sedap. Mereka tak tau anda guna susu cair.

Musim durian, letakkan seulas durian bagi yang berminat. 

Saya takut anda tak menang tangan melayan pelanggan nanti. 

Apapun, jaga kualiti.


Semoga berjaya.

Cheguman Morha -
 Tips bisnes tanpa risau modal


Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.


Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Kalau perlu, menungginglah