Permudahkan kerja guru
Ini adalah tips untuk menambah pendapatan.
Orang ramai bukan sahaja minta bantuan apabila tidak mampu buat sendiri bahkan akan berbuat demikian jika itu lebih mudah.
Contohnya, di sekolah.
Jika anda perasan, kalangan guru sering mengeluh beban tugas yang tidak menjurus pada pengajaran yang semakin bertambah.
Apabila guru terpaksa melakukan kerja² perekodan dan dokumentasi maka kualiti pengajaran terjejas.
Contohnya tiada masa untuk menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) atau menulis rancangan pengajaran harian (RPT).
Bahan² tersebut anda boleh bina sendiri tanpa modal dan jual dalam bentuk softcopy. Tapi jika ada yang nak hardcopy anda jangan tolak. Mereka akan bayar kosnya termasuk pengeposan.
Jika anda dapat jual kepada 100 guru dengan harga rm50 bermakna anda sudah dapat rn5000. Dengan mempelajari teknik pemasaran online, anda mungkin dapat menjual melebihi 200 set.
Tawarkan untuk upgrade setiap tahun pada kos rm10-20. Bermakna setiap tahun anda akan dapat pendapatan tambahan daripada pelanggan lama sambil menambah pelanggan baru.
Yang penting, pelanggan rasa berbaloi.
Apabila pelanggan berpuas hati, anda boleh tambah lagi bahan yang boleh anda hasilkan.
Saya pernah bina sistem pemarkahan dan analisis jawapan murid menggunakan MS Excell sekitar 2005. Saya jual ke sekolah². Masa tu saya perlukan wang kerana cuti belajar separuh gaji.
Selain BBM dan RPT ada banyak lagi yang anda boleh fikirkan.
Semoga berjaya.
- Cheguman Morha -
Tips bisnes tanpa risau modal
tips seterusnya>>
<<tips sebelum ini
Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.
Comments
Post a Comment