Smart tanam kangkung duit hari²
Ini idea kreatif. Tidak semestinya tanaman kangkung sahaja. Cuba gunakan konsep ini bagi menghasilkan perkara lain.
Idea asal ini daripada bapa saudara saya di sabak bernam dan dia telah praktiskan sekitar 1980an secara SAMBILAN.
Bagaimana kangkung yang boleh dituai dalam masa 21 hari tapi kita boleh dapat duit hari²?
Situasi kita:
1. Kita tak banyak masa.
2. Kita ada pasaran terhad
3. Kita nak kerja smart
Pada hari pertama, sediakan tapak dan semai benih kangkung itu.
Ingat, tapak itu hanya untuk hasil sehari. Contohnya, target kita hasil jualan rm100 sehari.
Pada hari kedua, ulang kerja itu di tapak ke-2.
Hari ke-3, buat kerja yang sama pada tapak baru.
Begitulah seterusnya pada hari ke-4, ke-5 hingga hari ke-21.
Pada hari ke-21, kangkung di tapak pertama sudah boleh dituai.
Petik dan jual hasil dari tapak itu serta jangan lupa semai semula.
Esoknya, hasil tapak ke-2 pula boleh dijual. Begitulah seterusnya. Hasil tak putus2.
Oh ya. Sementara itu anda sudah boleh dapatkan pembeli di pasar berhampiran.
Kelebihan konsep ini:
1. Anda tak perlu cari pemborong sebab bekalan anda sedikit sahaja. Cukup dengan menjual kepada peruncit di pasar atau pengusaha kedai makan berhampiran.
2. Bekalan berterusan. Ini penting sebab penjual di pasar atau pelanggan anda di restauran tak suka buang masa, sekejap beli dari sana, sekejap beli dari sini.
Sebagaimana yang saya catatkan tadi, anda boleh guna konsep ini untuk perkara lain.
Yang penting, fahamkan konsepnya. Jika sehari rm100 maka sebulan rm3000.
Semoga berjaya.
- Cheguman Morha -
Tips bisnes tanpa risau modal
Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.
Comments
Post a Comment