Bisnes gunting rambut
Semua orang ada kepala. Jika rakyat malaysia ada 30 juta x rm10?
Bisnes ini modal sekali sahaja. Tidak perlu sewa kedai. Paling penting, pastikan pelanggan selesa dan puas hati dengan perkhidmatan.
Berapa ramai lelaki di kawasan perumahan anda? Katakan ada 300 buah rumah. Mungkin lelaki dewasa 300 orang dan kanak² 500 orang.
Ada 800 bakal pelanggan di situ. Ya, bukan semua mahu dapatkan khidmat anda. Namun jika 20% bermakna ada 160 pelanggan.
Katakan sehari anda dapat 3 pelanggan kanak² dan 2 dewasa. Purata sebulan 60 dewasa dan 100 kanak².
Mari kita kira pendapatan tambahan anda:
60 x rm9 = rm540
100 x rm7 = rm700
Jumlah: rm1240.
Pastikan kualiti yang perlu anda jaga:
Hasil kerja
Pastikan pelanggan berpuas hati.
Pastikan anda benar² ada kemahiran. Belajar lah jika belum ada kemahiran. Jangan hanya bergantung pada bakat semula jadi.
Fikirkan juga masa menunggu giliran apabila pelanggan ramai.
Moga berjaya.
- Cheguman Morha -
Tips bisnes tanpa risau modal
Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.
tips seterusnya>>
<<tips sebelum ini
Comments
Post a Comment