Produk dari dalam tanah
Hasil terung rm200 setiap 3 hari. Nak?
1. Bersembang lah dengan mana² usahawan tani. Selain bertemu, anda boleh gunakan media sosial seperti whatsapp dan fb.
2. Kenal pasti tanaman yang ada permintaan tinggi seperti cili api atau cili besar.
Sebenarnya semua sayur sentiasa tinggi permintaannya.
Sila ambil perhatian walaupun cili api amat tinggi permintaannya namun proses memetiknya agak leceh. Jangan buat dalam skala besar jika belum betul² bersedia. Rakan saya pernah muflis setelah ladang cilinya yang subur tidak dapat dituai.
Sepupu saya ni ada ijazah daripada ipta tapi bukan pertanian. Sekarang jadi petani sepenuh masa
Beliau adalah rakan guru paling awal beli kereta baru pada 1991. Hasil cili.
Dari segi permintaan, hasil tani seperti sayur tidak pernah cukup. Negara kita terpaksa import.
Tinjauan saya di pasar sungai besar selangor:
Terung rm6 sekilo.
Kacang panjang rm10 sekilo
Saya berbual dengan sepupu saya di sabak bernam selangor, hasil terungnya (setengah ekar) mencapai rm24k. Beliau usahakan sendiri dan dibantu seorang remaja yang tidak bersekolah (asnaf zakat).
Rutin mudah terung ialah 3 hari sekali kutip dan dapat rm200. Kira sendirilah hasil terung beliau dalam sebulan.
Pokok terung yang saya sebut tu.
Di sebelah padang sekolah saya ada kebun sayur. Seorang pengusaha cina usahakan dengan menyewa tanah orang kampung. Beliau mengupah 2 pekerja indonesia.
Rasanya towkey tersebut tak pernah pegang tanah.
Jika ada duit, biarkan duit yang bekerja. Jika tiada, gunakan tulang empat kerat sendiri.
Ini kebun yang disewa milik orang melayu yang saya cerita tadi
Sewa tanah hampir dengan bandar di melaka antara rm200-400 SETAHUN.
Dulu saya pernah tanya jika ada orang nak usahakan tanah kosong milik saya secara percuma. Sekarang, saya nak buat sendiri. Moga Allah permudahkan.
Sayang rasanya tengok tanah penuh lalang.
Oh ya, jika anda jual sendiri hasil tanaman, ia lebih untung. Klik sini.
- Cheguman Morha -
Tips bisnes tanpa risau modal
Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.
tips seterusnya>>
<<tips sebelum ini
Comments
Post a Comment