Jual kuih muih sedap tanpa modal



Ingat tak orang jual roti masuk kampung keluar kampung? Biasanya si penjual guna basikal atau motorsikal. Sekarang masih ada?

Kalaupun si penjual sudah tiada tapi pengguna tetap ada. Sebenarnya ramai yang 'kelaparan' di rumah petang².

Jom kita bantu mereka.

Sebagimana jual ikan tanpa modal, anda juga boleh jual kuih muih dengan cara yang hampir sama.

Jika anda sudah mulakan bisnes jual ikan tanpa modal, anda boleh gunakan terus pelanggan yang sama untuk menjual kuih muih.

Jika belum, ikuti langkah² berikut:
1. Dapatkan nombor hp penduduk di kawasan perumahan anda.

2. Kumpulkan pelanggan dalam grup whatsapp.

3. Dapatkan pembekal kuih muih yang sedap². Ingat, kuih muih yang sedap². Kalau biasa je atau kurang sedap, lupakan bisnes ini. Atau, cari gerai lain. Ingat, jaga nama baik anda.

4. Send gambar² kuih muih serta harganya dalam grup wasap.

5. KUMPULkan order, hubungi pengeluar, dan hantar. JANGAN hantar satu demi satu kecuali jumlah order tunggal itu berbaloi.

6. Jangan lupa ambil terus duit daripada pembeli. 'No hutang-hutang'.

7. Jangan lupa juga ingatkan pembeli bahawa bekalan kuih muih adalah terhad dan tiada jaminan pesanan akan diperolehi. Oleh itu sesiapa yang berminat kena order cepat².



Anda boleh dapatkan bekalan kuih muih dari gerai yang anda telah  kenal pasti. Dapatkan komisyen dari pengeluarnya.

Jangan beli dari orang tengah termasuk penjaja di tepi jalan, kecuali jika akak tu buat sendiri.

Ingat, anda nak makan komisyen.

Anda boleh minta mak saudara atau jiran yang memang pandai memasak untuk bekerjasama. Suruh dia buat kuih tertentu. Dengan cara itu anda juga membantu mereka menambah pendapatan.

Namun ini bukanlah konsep asal. Risikonya ialah jika tiada order atau masakan tidak habis dijual. Saya cadangkan tindakan ini dibuat setelah anda popular di kawasan itu.

Selamat berjaya.

Cheguman Morha -
Tips bisnes tanpa risau modal

    tips seterusnya>>
<<tips sebelum ini

Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.



Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Kalau perlu, menungginglah