Penjual kuih mobile


Mobile ertinya bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

Sebaik turun dari UTC melaka saya terserempak dengan seorang lelaki muda ditemani seorang kanak² membawa bakul yang penuh kuih muih.

"3 ketul seringgit," kata lelaki berkupiah dan berpakaian kemas itu.

Maka saya beli 5 bungkus dan wang kertas rm5 bertukar tangan.

Tiba di tapak parking beberapa minit kemudian saya ternampak lelaki itu membuka kereta pacuan 4 roda dan berlalu dari situ.

Saya congak² jika sepetang beliau singgah di 5 tempat tumpuan orang ramai dan setiap lokasi laku 20 bungkus bermakna jualannya berjumlah rm100.

Jika kosnya separuh ertinya rm50 adalah keuntungan.

Kos boleh dikecilkan apabila banyak perkara dilakukan sendiri. Fokus 1-2 jenis kuih dan buat sendiri sedap².

Utamakan kualiti rasa, orang akan beli lagi.

Cuba semak jadual anda. Masih ada ruang kosong?

Semoga berjaya.

Cheguman Morha -
Tips bisnes tanpa risau modal

    tips seterusnya>>
<<tips sebelum ini

Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.



Comments

Popular posts from this blog

Menjadi pembekal gas memasak

Bangun membuat atau bangun kena buat?

Kalau perlu, menungginglah