Khidmat SPA di rumah pelanggan
Teringin tak?
Wanita dan spa tidak boleh dipisahkan. Yang membezakan ialah kemampuan. Namun sebab dek bayaran jugalah ramai wanita yang cuma ber-spa dalam angan².
Jom bantu mereka dan diri anda. Realisasikan angan² spa mereka dan impian kewangan anda.
Ada banyak kursus² berkenaan spa di luar sana. Cuba google dan pilih yang sesuai dan paling praktikal.
Perkhidmatan spa ke rumah² pelanggan mengurangkan kos premis. Paling tidakpun anda tak perlu risau dengan bil air dan letrik beratus ringgit setiap bulan. Itu belum dikira sewa bulanan kedai.
Apabila kos spa anda rendah maka bayaran khidmat spa anda pun jadi lebih murah.
Anda juga tidak perlu jadi penunggu kedai. Buat jadual temujanji untuk para pelanggan anda dan semua orang akan happy.
Semoga berjaya.
- Cheguman Morha -
Tips bisnes tanpa risau modal
tips seterusnya>>
<<tips sebelum ini
Cheguman atau Noor Azman bin Aminudin adalah Pengarah Urusan syarikat Morhabshi, pengeluar minyak morha.
Comments
Post a Comment