Orang sains vs orang sastera

sila klik 50+ idea bisnes tanpa risau modal Beberapa hari lepas saya hadir satu forum di melaka. Dua orang panel iaitu seorang doktor dan seorang lagi profesor. Audiennya guru dan sedikit pelajar. Antara perkara yang disentuh ialah keberhasilan sekolah melahirkan bilangan pelajar sains dan pelajar sastera. Cakap mudahnya, sekolah perlu keluarkan seramai mungkin pelajar aliran sains. Kadang² saya lihat polemik puluhan tahun dalam perkara ni diselaputi kekeliruan dan kedunguan para penularnya. Manakan tidak, pelajar aliran sains diklasifikasi sebagai cemerlang dan pelajar sastera dianggap berotak lembab. Bagi saya, yang dungu dan bengong ialah orang yang membuat klasifikasi tersebut. Kesannya pihak sekolah kelam kabut nak jadikan semua pelajar dapat masuk ke aliran sains. Jika ramai pelajar sastera maka sekolah tersebut dianggap lemah. Kalau begitu maka memang sesuailah sekolah itu dikategorikan dalam 'bottom 3'. Maksud saya, pihak pentadbirnya tidak cakna. Ma...